21 March 2013

Ping Pong...


morning... dah sminggu x menulis. jom, cerita hari ni adalah tentang ping pong. mcm biasa setiap jabatan mesti ada kelab sukan, so Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran xkan xda.. ops.. mestilah ada.. Kelab Sukan dan Rekreasi SPP namanya.. singkatannya plak, KSRSPP.. hmm sedap bunyinya. ewah2.. perlawanan antara rumah sukan dh hampir sebulan rasanya. setakat ni keputusan memihak kepada xperia.. dan diikuti oleh Nexus.(kumpulan aku la tu).. hehe.. dan buat masa ni keputusan masih tidak memihak kepada Lumia. tapi, sapa sangka kalau Lumia akan mendahului dgn game2 yg seterusnya nnt.. mari kita tgk sapa yg kena:-P 

hari sabtu lepas, perlawanan ping pong. aku dan huda adalah peserta regu wanita.. game pertama kitorg lawan group xperia.. kalah.. heheh.. tapi lepas tu xdisangka2 kitorng mng waktu berperang dgn Lumia. kikiki.. cayalah Huda.. cmna kita leh menang ek? apapun, tahniah lah sgt2 kpd group Nexus sbb akhirnya dpt tempat pertama bagi perlawanan ping pong.. Alhamdulillah.. xsia2 aku join.. tapi Nexus xkan menang kalau xkerana peserta lelaki nexus yg hebat2 belaka tu. tp xmau seronok sgtlah sbb banyak game lagi. kalah menang tu adatla kan.. lagipun ingat slogan umh nexus ye... "menang boleh, xmenang pun boleh" hahaha.. 


peserta wanita kumpulan nexus. 


waktu latihan.. pakai baju kurung ja weh.. layan ja..


08 March 2013

Batu Seremban

Permainan Batu Seremban


Seperti yang dijanjikan, masanya telah tiba..  ho ho ho.. kumpulan nexus dpt tmpat ke 2.. bukan main nervous lg aku td. sejuk jari-jemariku.. huhu.. apapun tahniah pd kum. xperia sbb dpt no.1. Lumia kurang bernasib baik kali ni sbb xdapat kutip 1 matapun. haha.. eh, jgn gelakkan orglah. xbaik.. kikiki... 

camnila gayanya sebelum perlawanan bermula..

Dulu masa zaman sekolah rendah, kita main batu 7 kan. aku panggil batu selambut. tp batu seremban ada 5 biji ja. ada bnyak step plak tu. iaitu.. BUAH SATU.. BUAH DUA.. BUAH TIGA.. BUAH EMPAT.. BUAH LIMA.. BUAH SENTUH.. BUAH PUNGUT.. BUAH TUKAR.. BUAH LAMBUNG.. BUAH TIMBANG.. napa panggil buah, napa xpanggil batu? sbb kita xguna batu, tp guna uncang.. pada pendapat akula.. hehe.. 

ok.. seandainya... cewah, seandainya pemain tersentuh buah lain ketika memungut buah di lantai tu maka mati lah dia utk pusingan pertama.. dan... kalau masuk pusingan ke dua dia terlupa plak td benti kat mana, pun matilah dia utk pusingan ke dua.. adui.. 

Aku paling lemah masa nk tebarkan batu tu.. mana xnya, setiap kali tebar batu mesti melekat. dah tentu tersentuh antara batu lain.. cmna nk angkat. :-P

perlawanan bermula..

yg tengah2 tu pengadil. siap ada jurukemera lagi.. haha

fuh, lain mcm batu Puan Juma ni. mcm berapi.. kikiki..

dah selesai, amik nasi aym masing2.. ok, slamat kenyang...

awal masuk opis??? hurmm..

huh.. arini 7.30 dah smpai opisss... auwww.. mimpiii... bgs jgk klau ari2 cmni. tp kena la tido umh mertua slalu.. huhu... my husband xda arini, smlm lg dia dh gerak ke PD.. ada meeting katanya..untungler wat kat luar opis.. leh mnyelam smbil minum air.. ingat2 anak bini sama ye.. heheh.. So, pg2 lg aku dah anta adik2 ipar ke skolah. tu sbbnya aku sampai awl.. klau x, haruslaaahh.. 

oh, lupa.. lupa.. lupa.. . arini ada perlawanan batu seremban. cayuk2x!.. kumpulan Nexus!..  leh ke aku main nih.. kompem nervous.. ok, bygkan tgh main srg2.. klau leh, pejamkan mata.. ;-P

huk huk.. laparnya2.. cepatla nk mkn.. mana kwn2 ni..  

07 March 2013

nasi ayam penyek




haluu.. haluu... arini kwn aku mengidam nak mkn nasi aym penyeklah.. mengalahkan org prgnant. tp xpe, demi menunaikan hasrat dia smpai jgk kitorg kat sana. kenyang sampai mengantuk. 

06 March 2013

aku tidur

yohoooo.. aku tertido td. sempat jgk aku terlelap seminit. jarang aku berjaya lelapkan mata kat opis walaupun time rehat. kalau adapun, mst otak merewang2ja.. tp td.. haha.. siap mimpi lagi. klakar2... aku letih.. ok, tolong faham.. tolong faham ye.. mcm tu lah bila ada anak kecil. tido xpernah cukup. baru srg. klau 2 3 nnt, OMG.. kena kuatkan rohani dan jasmani dulu, baru pikir ok.. hmm. baru aku tau mcmmana letihnya mak aku dulu. bila mak suruh aku buat tu buat ini, aku merungut. skrg baru fhm kan napa mak bg arahan  walaupun mak bukan bos kita. hehe, sori mak. dah besar cmni br prasan. i miss u mak.. mmmuuuaaahh...

05 March 2013

overtime

jom overtime ptg ni.. bhagian pengambilan guru dh mula banyak keja, so apa lagi. kena lah overtime. balik lambat lah jawabnya. my husband xksh, i ok jer.. yuhooo.. best jgk skali skala berkampung kat opis. but smpai 7 mlm ja. bunyi mcm nk tido opis. oh, mmg xnak.. nnt mati kesejukan. huaaahhh (menguap, sambil tgn tutup mulut )... mengantuk sgt nih. kalau tido dulu ok x. perut dh isi. hehe.. zzzzzzzzzzzzzz...

ragam si comel

So.. adakah semalam aku tinggal Arissa di rmh atoknya? tetttt.. jawapannya tidakkk.. ada 2 sbb knapa aku xjd tinggal si tecik tu kat umh atok dia.. sbb pertama, bila smpai rmh atoknya, kpala aku dh xsakit. heheh.. dan sbb yang kedua adalah kesian tgk muka atoknya yg keletihan.. mesti Arissa wat hal smlm. yup, mmg pun. dia meragam xnak tido.. Arissa.. oh Arissa.. ibu babab baru tau. 

04 March 2013

sakit kepala

OMG.. hari ni rasa sakit kepala yang teramat sgt. mesti aku ada tersalah mkn tghari td. tu lah, pantang nampak makanan semua aku bedal. adui.. kalau mcm ni pnya gaya, kena balik tidur. Arissa? apa kata aku tinggal umh maktok dia dulu. dpt jgk ilangkan rasa sakit kepala ni. hehe.. eh, tp aku btul2 tau, bkn sakit kpala main2.. no no no.. jgn ingt aku amik kesempatan. im not bujang.. hokey.. tp apapun aku kena bincang dgn my husband dulu. klau dia stuju, orite.. tp klau dia xstuju terpaksalah aku melayan sakit kpala aku nih.. arghhh.. sakitnya! sakitnya! sakitnya!.. ops, gediknya.. eeeuuuwwww...     

05 February 2013

Teman Pengganti

Tadi aku ada baca blog Aizad Alias.. tentang Malique dgn lagunya teman pengganti nyanyian bersama black.. sgt sedih. Samada btul atau tidak Malique sdg sakit skrg ni.. Wallahualam.. tp seandainya btul sepertimana yang diceritakan.. "Ya Allah.. Engkau sembuhkanlah dia.. Amin.." Bagi aku Malique seorang rapper yang bijak. Setiap lirik yang dihasilkan sangat puitis. Btul kata Aizad Alias, Malique ni lebih kurang mcm Eminem.. suka cipta lagu berdasarkan kisah hidup sendiri. Aku dan husband aku mmg suka layan lagu2 Malique ni terutamanya dlm kereta. Aku pasang USB kat dlm keta and nnt husband aku akan pilih lagu2 Maliqueja padahal punyalah banyak lagi lagu kat dlm tu, lagu Malique jgk yg dia pilih. Antaranya lagu Mentera Beradu nyanyian Malique bersama M. Nasir, Maafkan kamu nyanyian bersama Jamal Abidillah dan Bawaku pergi nyanyian Zizan dgn Kaka. Masa Anugerah Juara lagu yang ke 26 baru2 ni, serius husband aku nak sgt lagu tu menang. tp... tp xpe aizat sweet nyanyi lagu yuna masa tu. huhu. Malique mmg hebat. dan aku jgk sedih bila dgr kisah Malique dgn isterinya Melisa kena rompak.. kesiannya.. Semoga Malique dan isteri tabah menghadapi setiap ujian dariNya.. Lirik lagu ni btul2 buat aku termenung panjang n kalau amati btul2 rasa sedih sgt. Malique pun xpernah muncul dalam mana2 lagu yg dihasilkan.. adakah ianya betul???? apapun aku sebagai peminat mendoakan kebahagian buat Malique.. meh, sama2 menghayati lirik lagu Teman Pengganti.

"
"
Teman Pengganti - Malique feat Black

 Ketawa bersama… menangis bersama… ku bersumpah harap kita mati pun bersama…

sejak dua menjak ini… makin kerap ku diganggu visi… bila celik juga bila mimpi… aku Nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi… dia membelaimu dengan izin dan permisi… sentuhan katanya semuanya kau iakan… sentuhan jari kau diamkan dan biarkan… aku redha walau tidak ku damba… walau hampa semuanya dah dijangka… Beberapa purnama dulu cinta bertakhta… kenangan dibina kita indah belaka… ketawa bersama menangis bersama…. Namun hakikatnya bukan mudah… aku sembunyikan gulana gundah…. Segalanya kan berubah… dengarkan apa yang ku mahu luah…

Rahsia ini telah lama aku pendamkan… tiba masanya segala-galanya ku ceritakan… aku kan pergi… pergiku tak akan kembali… tiba masanya kau cari teman pengganti…

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias… kita tak terlepas dari terkena tempias…. Rimas ditindas sembunyi dalam puisi dan kias… tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas… hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks… dalam disleksia cuba kekal dalam konteks… bila dunia seolah tak memahami… kau sudi selami, dalami dan mengalami… Setia mendengar, sentiasa hadir… ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir… tiba pagi syawal kaulah yang terawal… syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal… 70 ribu hijab harus ku singkap… ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap… Dalam diam ada seorang ku puja… kau teristimewa tapi dia yang sempurna…

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan… dalam persekitaran yang penuh dengan kejumudan… terperangkap dalam jasad, ku keliru… mujur ada kau si peneutralisasi pilu… namun aku tetap murung, berkurung… tubuh makin susut menunggu tarikh luput… komplikasi di halaman rusuk kiri, makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri… Lagu ini yang terakhir aku sajikan… kalau rindu nanti boleh kau nyanyikan… jaga diri jangan makan hati… yang patahkan tumbuh, yang hilang kan berganti…. Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi… cincin, kunci dompet dalam laci… ada sikit wang itu saja baki… moga-moga cukup untuk majlis itu nanti.

Aku kan pergi…bertemu kekasih abadi… tiba masanya kau cari teman pengganti… :-(


22 January 2013

sejuk dan seram



Pakai sweater, berjalan sambil kedua2 belah tangan pegang payung.. jalan tunduk ke bawah skit sesekali pandang depan sambil menggigil. 
"tgh bayangkan aku kat situ.. tiba2 rasa sejuk lak. nak pkai sweater jap. heheh. urrmmm.. seram pun ada.."